BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan waspada 48 jam sebelum pembukaan sekolah, Dr Sim

KUCHING, 13 Julai:  Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBN) Sarawak  akan berbincang dengan Kementerian Pendidikan sebelum memutuskan sekolah selamat untuk dibuka atau tidak. 

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata kerajaam mwmpunyai tempoh dua hari lagi bagi untuk memantau dan membincangkan perkara itu sebelum sekolah dibuka semula 15 Julai ini.

"Ramai bertanyakan soalan itu, kami ada tempoh dua hari lagi bagi membincangkannya. Kami juga perlu melihat keseluruhannya bagi Sarawak termasuk kes (positif) terbaharu dan sebagainya,"katanya selepas menghadiri Majlis Pertauliahan Pegawai Bomba Bantuan di Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Jalan Setia Raja, di sini, hari ini.

Dr Sim berkata demikian mengulas berulangnya kes positif Covid-19 di bandar raya ini dan pelajar tingkatan 1 hingga 4 dan kelas peralihan serta murid tahun 5 dan 6 akan mula kembali ke sekolah di seluruh negara pada Rabu ini.

Sehubungan itu, beliau berharap penduduk di Kuching kekal di mana sahaja mereka menetap walaupun tiada larangan perjalanan rentas sempadan bagi mereka ketika ini.

"Jangan pulang ke rumah panjang dan sebagainya sehingga semua kes positif (di Kuching) dapat dikesan," katanya.

Selain itu beliau juga mengalakkan penduduk bandar raya Kuching yang pernah ada hubungan dengan kes positif Covid-19 baharu-baharu ini untuk segera menjalani ujian pengesanan penyakit itu di salah satu dari lima klinik kerajaan di bandar raya ini.


keterangan gambar:

1. Dato Sri Sim Kui Hian menyampaikan sijil pertaulihan kepada Pegawai Bomba Bantuan di Ibupejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Jalan Setia Raja, di sini, hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »