BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan Warisan lemas di Empangan Papar?


ISU pembinaan Empangan Papar bernilai RM3 bilion kembali menghangatkan isu politik Sabah.

Lebih menarik projek itu dikaitkan dengan DAP dan orang kuat Ketua Menteri Sabah, Datuk Shafie Apdal.

Sebelum PRU14, Pakatan Harapan pernah membantah projek Empangan Papar dengan didokong NGO Sabah.

Perjalanan cerita tetap sama, plot cerita Empangan Papar adalah sama dengan projek pembinaan Kaiduan. Hanya nama yang ditukar. Hakikat Empangan Papar adalah Empangan Kaiduan. 

Ketika PRU-14, PH berjanji membatalkan projek empangan Kaiduan, namun selepas menang mereka sanggup membuat u-turn.

PH telah berbohong dan tidak boleh dipercayai, sanggup menjilat ludah sendiri kerana kuasa dan wang.

Selepas menang pilihan raya, PH menghidupkan semula empangan Kaiduan dengan membuat penjenamaan semula menjadi empangan Papar.

Ahli-ahli NGO yang dulu kuat menghasut rakyat tempatan untuk membantah empangan Kaiduan dan menolak BN berdiam diri selepas diberi jawatan dalam kerajaan PH Plus Sabah.

Majoriti rakyat menyifatkan, PH dan kumpulan NGO tersebut lidah bercabang dua, cakapnya tidak boleh dipercayai kerana sering berubah-ubah.

"Sekarang apabila ada kerajaan baru, ramai kawan kami telah jadi sebahagian daripada kerajaan... ada yang bantu kami (dulu) kini telah jadi menteri (negeri). Mereka telah buat pusingan U dan berdiam diri," kata Pengerusi Gerakan Bantahan Empangan Kaiduan/ Papar (Takad) Diana Sipail. 

Tidak sampai satu setengah tahun selepas kerajaan baru Sabah masuk, projek RM3 bilion itu diberi kepada syarikat Wira Syukur, syarikat kroni DAP.

Syarikat Wira Syukur merupakan antara pemegang saham syarikat konsesi terowong Pulau Pinang.

Syarikat itu juga terbukti membayar RM15 juta daripada RM19 juta yang dibayar kepada ahli perniagaan dalam cubaan untuk menutup siasatan SPRM ke atas projek terowong.

Syarikat yang terlibat dalam projek terowong Pulau Pinang RM6.3 bilion juga diberi projek untuk membina empangan Papar bernilai RM3 bilion.

Peliknya, surat pemberian projek ditandatangani Pengarah Air Sabah, Amarjit Singh pada 10 Oktober 2019, sedangkan sehari sebelumnya (9 Oktober 2019) Mahkamah Tinggi memutuskan pelantikan beliau tidak sah kerana bertentangan dengan Perlembagaan Air Sabah.

Sebelum PRU14, Amarjit Singh merupakan kontraktor dan ahli parti Warisan. 

Dia antara pihak yang begitu lantang membantah projek empangan Papar dan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa penduduk Sabah tidak memerlukan empangan itu sebaliknya perlu membaiki perkara lain.

Dia pernah direman bersama Shafie Apdal berhubung siasatan skandal rasuah RM1.5 bilion air Sabah.

Selepas PH menang PRU14, dia terus dilantik sebagai pengarah Air Sabah yang dibawah Menteri Sabah PH Plus, Peter Anthony.

Sebelum PRU14, Peter Anthony merupakan kontraktor untuk projek-projek di bawah kementerian luar bandar semasa Shafie Apdal merupakan menteri.

Peter Anthony pernah direman berhubung kes Risda dan Air Sabah.

Selepas PH menang PRu14, Peter dilantik jadi Menteri Sabah yang juga menjaga Air Sabah di mana dia pernah direman berhubung skandal rasuah Air Sabah.

Minggu lepas, Peter Anthony yang sepatutnya didakwa dengan pertuduhan-pertuduhan tambahan tiba-tiba jatuh sakit pening kepala.

Paling pelik Ketua Menteri Sabah memberi kebenaran kepada Anthony meneruskan jawatan sebagai Menteri Sabah untuk menjaga projek-projek infrastruktur walaupun dia sedang menghadap puluhan tuduhan rasuah dalam mahkamah.

Sebelum ini, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mendakwa ekonomi Sabah yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19 mendapat suntikan pelaburan RM7 bilion daripada anak syarikat hartanah terkemuka antarabangsa Pavillion Real Estate Investment Trust iaitu Tegas Bangsa Sdn. Bhd. (Tegas Bangsa).

Beliau berkata, projek tersebut membolehkan Tegas Bangsa membangunkan tanah milik Yayasan Sabah seluas 156.4 hektar di Meruntum, Lok Kawi dengan pembangunan pusat pelancongan, komersial, hotel, perumahan, taman tema dan pelbagai lagi bermula tahun ini dan dijangka siap dalam tempoh 15 tahun.

Persoalan siapakah dibelakang tadbir di bawah projek RM7 bilion ini?

Keputusan Kerajaan Sabah di bawah pimpinan Shafiee Apdal berusaha untuk membawa masuk pekerja China beramai-ramai mendatangkan kemarahan rakyat.


Adakah mereka tidak sedar negara sedang dalam penularan wabak COVID-19?

Kini pendedahan syarikat terowong Guan Eng mendapat projek bina Empangan Papar bernilai RM3 bilion mengejutkan semua pihak.

Persoalan sekarang, mengapa DAP lebih rela menyokong Shafie Apdal menjadi PM dan bukan Anwar, adakah kerana syarikat itu mendapat projek Papar?

Dan adakah tindakan Shafie meneruskan projek empangan ini bagi meraih sokongan DAP untuk menjadi Perdana Menteri?

Adakah ini yang patut dibanggakan rakyat Sabah mempunyai projek berbilion-bilion?


*Artikel ini pendapat peribadi penulis dan tidak mewakili Gago Daily.

** Artikel asal bertajuk Najib dedah syarikat terowong Guan Eng dapat projek bina Empangan Papar bernilai RM3 bilion!

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/07/najib-dedah-syarikat-terowong-guan-eng-dapat-projek-empang-3bilion.html#ixzz6RTOk4SZQ

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »