BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan persekutuan, Sarawak bekerjasama membangunkan kesenian, kebudayaan - Saifuddin


KUCHING, 10 Julai (Bernama)-- Kerajaan Persekutuan dan Sarawak akan bekerjasama membangunkan dan mempromosikan kesenian dan kebudayaan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Katanya beliau telah membincangkan perkara itu dengan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.
Beliau berkata satu jawatankuasa kerja mengenai kreativiti ekonomi telah ditubuhkan di peringkat persekutuan dan dipengerusikan bersama oleh beliau dan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Datuk Seri Nancy Shukri.

“Seni dan budaya melibatkan lebih daripada satu agensi, dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan MOTAC adalah dua agensi utama,” katanya kepada pemberita selepas melakukan kunjungan ke atas Abdul Karim di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim yang menyambut baik kerjasama itu berkata ia adalah untuk manfaat bersama.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »