BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kem tentera di Bakun


KUCHING: Angkatan Tentera Malaysia (ATM)akan  mewujudkan sebuah kem tentera bagi meningkatkan  keselamatan di kawasan empangan Hidroelektrik  Bakun. 
Kerajaan Sarawak telah memberi maklum balas  positif mengenai kem tersebut menerusi  penyediaan tapak kem.
Panglima 1 Divisyen Infantri Mejar Jeneral  Datuk Dzulkafli Mustapha berkata, pihaknya  masih menunggu keputusan Sarawak Energy Berhad  (SEB) untuk tindakan lanjut.
"Kem ini dijangka menempatkan  sekurang-kurangnya satu kompeni anggota dari  Rejimen Sempadan," katanya selepas menyertai  Perbarisan Hari Ulang Tahun ke-54 1 Divisyen  Infantri di Padang Kawad, 4 Kor Armor Diraja,  hari ini.
Beliau berkata, perancangan pembinaan kem  berkenaan bagi mengukuhkan keupayaan kawalan  keselamatan di negeri ini.
 
Sementara itu, pihaknya juga berjaya merampas  barangan seludup bernilai RM2.54 juta di  sempadan Sarawak-Kalimantan Barat sepanjang  tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Menurutnya, barangan seludup yang dirampas itu  termasuk kenderaan, dadah dan barangan  terkawal.

Katanya, ia adalah hasil rondaan dan sekatan  dalam beberapa operasi yang dijalankan  antaranya Op Awas/Keris Parang dan Op Jaga  Kawan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »