BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Keluar masuk Brunei kena bayaran mulai 1 Ogos


BRUNEI: Kerajaan Brunei akan mengenakan perintah bayaran keluar dan masuk ke negara itu berkuatkuasa 1 Ogos depan.

Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei memberitahu, perintah ini memberi kuasa kepada Pengawal Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk mengenakan caj ke atas setiap orang yang akan keluar dari atau masuk ke Negara ini melalui pos-pos kawalan darat.

“Bayaran yang dikenakan  sebanyak BND3.00 seorang bagi setiap satu hala perjalanan. Sebagai contoh, bagi perjalanan ulang alik ke Miri, Sarawak akan dikenakan BND6.00 setiap orang.”

“Objektif utama pelaksanaan caj ini adalah untuk menyelaraskan bayaran dan caj-caj yang telah dikenakan dan berjalan pada masa ini kepada orang ramai yang keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui udara dan laut,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.

Berikutan itu, caj Tol Jambatan Rasau, Kuala Belait akan dimansuhkan bermula dari tarikh yang dinyatakan di atas. 

Caj ini akan dikenakan kepada semua warganegara termasuk warganegara Brunei Darussalam yang hendak keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat sama ada menggunakan kenderaan ataupun berjalan kaki.

Caj Perkhidmatan ini adalah dikecualikan bagi kategori-kategori seperti berikut:

 5.1 Orang-orang yang di dalam: 
● Kenderaan yang dimiliki oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kerajaan Luar Negara bagi tujuan rasmi; 
● Kenderaan yang dimiliki oleh Angkatan Tentera Negara Brunei Darussalam; 
● Kenderaan yang digunakan bagi tujuan bantuan kebakaran, ambulan dan polis; dan 
● Kenderaan yang digunakan bagi tujuan pengebumian. 

5.2 Pegawai-pegawai Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam menjalankan tugas-tugas rasmi bagi pihak Kerajaan; 

5.3 Kanak-kanak berumur dua (2) tahun dan ke bawah; 

5.4 Pegawai dan kakitangan consular yang dinyatakan di dalam Article 1 in the First Schedule to the Consular Relations Act (Chapter 118) dan ahli keluarganya; dan

 5.5 Ejen diplomatik yang dinyatakan di dalam Schedule to the Diplomatic Priveleges (Vienna Convention) Act (Chapter 117). 

Mereka yang berhasrat untuk membuat perjalanan keluar dari atau masuk ke Negara Brunei Darussalam melalui pos-pos kawalan darat hendaklah mendaftar dan menghadapkan permohonan melalui Exit and Entry System (EES), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja yang boleh di-akses melalui https://login.bdnsw.gov.bn/ees.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »