BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kastam rampas 3,462 kilogram sayuran import

MIRI: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak, Cawangan Miri menahan sebuah lori kontena penyejuk yang membawa muatan 3,462 kilogram pelbagai jenis sayuran import melalui pelabuhan Bintulu, Selasa lalu.

Pengarah Kastam Sarawak,Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata,sepasukan anggota telah menahan sebuah lori treler yang membawa sebuah kontena penyejuk berukuran 40 kaki dari arah Jalan Bintulu - Miri pada jam 10 pagi.

Menurutnya,hasil pemeriksaan awal yang telah dijalankan oleh pasukan mendapati pemandu lori treler terbabit
merupakan seorang lelaki warganegara tempatan telah gagal mengemukakan dokumen berkaitan muatan barang dibawa. 

"Lori terbabit diarahkan ke stor penguatkuasaan Miri sementara pemeriksan rapi dijalankan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan bersama wakil syarikat
pengimport, mendapati lapan jenis sayuran tidak diikrarkan di dalam Borang Kastam 1,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,anggaran pelbagai jenis sayuran yang telah dirampas adalah sebanyak 3,462 kilogram melibatkan nilai sebanyak RM 53,369.15 dan jumlah cukai dianggarkan sebanyak RM 5,717.46. 

"Anggaran keseluruhan nilai rampasan termasuk cukai yang terlibat ialah
sebanyak RM 59,086.6,"katanya.

Beliau berkata,modus operandi yang digunakan ialah syarikat pengimport itu didapati telah mengimport sayur-sayuran dari luar
negara dan telah mengikrarkan sayuran yang diimport tersebut dalam Borang Kastam 1.

"Bagaimanapun, hasil pemeriksaan menyeluruh yang dijalankan ke atas muatan yang terdapat dalam kontena ini, pasukan telah menemui sejumlah besar sayuran lain yang tidak diikrarkan seperti yang tertera pada borang terbabit. 

"Sayuran ini dipercayai diimport bagi memenuhi permintaan pembekal dan pelanggan tempatan,"katanya.

Katanya,kes disiasat di bawah Seksyen 133(1)(a) Akta Kastam 1967 dimana jika didapati bersalah, individu terlibat akan dikenakan denda tidak melebihi RM 500,000 atau penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »