BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kantoi miliki syabu 0.28 gram

BAU: Seorang lelaki yang berada dalam keadaan mencurigakan diberkas kerana memiliki dadah jenis syabu malam tadi.

Lelaki bekerja sendiri berusia 35 tahun itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkoti Daerah (BSJND),Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di hadapan Pejabat Penerangan Daerah Bau jam 11.20 malam tadi.


Ketua Polis Daerah Bau,DSP Poge Anak Nyaon berkata,pihaknya menahan sebuah motokar jenis proton Wira warna perak yang dipandu seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigakan. 

"Hasil pemeriksaan tubuh badan tidak menjumpai apa-apa barang salah,
pemeriksaan kereta telah menjumpai satu paket plastik kecil lutsinar yang berisi bahan kristal jernih disyaki dadah syabu anggaran berat kasar 0.28 gram,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,suspek ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Ujian saringan awal air kencing mendapati suspek juga positif Amphetamine dan Methamphetamine dan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »