BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kantoi bawa 120 kotak bir seludup

KUCHING: Keadaan mencurigakan seorang pemandu lori terbongkar apabila didapati membawa minuman keras disyaki tidak bercukai pagi tadi.

Lelaki berusia 24 tahun beralamatkan dari Kampung Ensebang Quary itu ditahan di Jalan Stakan jam 11.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Aidil Bolhassan berkata,pemeriksaan yang dilakukan di dalam lori menemui 120 kotak minuman keras.

"Kesemua minuman keras ini dianggarkan bernilai RM23,040," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,suspek gagal memberi sebarang dokumen yang sah berkaitan muatan minuman keras berkenaan.

"Suspek telah ditahan dan minuman keras dirampas untuk siasatan lanjut,"ujarnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(D) Akta Kastam 1967.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »