BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jentera PBB Pantai Damai siap-sedia hadapi pilihan raya

KUCHING: Jentera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai siap-sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan pada bila-bila masa mulai sekarang.

Naib Presiden PBB, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, aspek penting yang perlu diberi perhatian adalah melibatkan kerjasama antara kepimpinan PBB diperingkat cawangan dan ranting.

"Tarikh PRN berkemungkinan dalam masa terdekat ini memandangkan tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak akan tamat pada April tahun depan.

"Apa yang perlu kita buat sekarang adalah untuk mempersiapkan jentera bagi menghadapi PRN akan datang," katanya di Majlis Randau Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Kampung Jaya Bakti malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu berkata, ini merupakan kali pertama pilihan raya berlangsung di bawah kepimpinan Abang Johari.

"Jadi kita hendaklah pastikan PBB berjaya dengan cemerlang dan Ketua Menteri (Abang Johari) kembali diberi mandat untuk mentadbir negeri ini.

"Setiap kali pilihan raya, cabaran sudah pasti ada terutama melibatkan parti lawan yang berusaha untuk mencabar kedudukan PBB di kawasan DUN Pantai Damai,"katanya.

Beliau berkata,keputusan cemerlang yang dilakar sebelum ini tidak sepatutnya menjadikan jentera parti mengambil remeh cabaran lawan.

"Kita tidak boleh memandang rendah cabaran dan keupayaan lawan.

 "Kita perlu memastikan orang ramai turun mengundi dan mengundi calon kita," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »