BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jangan pandang remeh caruman PERKESO

KUCHING: Majikan dinasihatkan supaya tidak memandang remeh mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) ke atas pekerja mereka.

Pengarah PERKESO Negeri Sarawak Phillip Sangkan berkata, mereka yang gagal berbuat demikian boleh dikenakan tundakan tegas.

“Majikan tidak sepatutnya mengambil remeh berkenaan perkara ini.

"Kerana kegagalan mencarum kepada PERKESO boleh mengakibatkan majikan dikenakan tindakan," katanya selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan khairat kematian kakitangan Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) hari ini.

Ketua Menteri Datuk Abang Johari Tun Openg menyaksikan Majlis Penyerahan Sumbangan daripada Persatuan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada balu Allahyarham Mohamad Hussein Ali, iaitu isterinya Selina Hamdi.

Allahyarham Mohamad Hussien bin Ali, 56 berkhidmat sebagai Penolong Unit Pengurusan Korporat (Perhubungan Awam) di SABERKAS Negeri Sarawak meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak pada bulan Mei yang lepas akibat masalah buah pinggang. 

SABERKAS diwakili oleh Setiausaha Agung SABERKAS, Adun Daro Safiee Ahmad telah menyampaikan sumbangan atau cek yang berjumlah RM27,222.40 manakala pihak PERKESO menyampaikan sumbangan atau cek yang  berjumlah RM2, 000 (Faedah Pengurusan Mayat) kepada balu Allahyarham Mohamad Hussein Ali. 

Selain Faedah Pengurusan Mayat, Selina Hamdi telah menerima Faedah Pencen Penakat berupa bayaran faedah pencen bulanan seumur hidup dan bayaran faedah kepada anak sehingga umur 21 tahun.

Phillip berkata, caruman PERKESO amat penting supaya pekerja yang mendapat bencana atau musibah akan mendapat kebajikan.

Katanya, sehubungan itu semua majikan diseru untuk mencarum kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) agar semua perkerja dilindung melalui Skim di bawah akta PERKESO.

“Jika berlaku musibah atau bencana maka kebajikan setiap perkerja akan terjamin," katanya

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »