BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan RM 27 juta Kampung Entangor siap

SEBUYAU:Penduduk sekitar Kampung Entangor Sebuyau kini boleh menarik nafas lega apabila jalan raya fasa 2 sepanjang sembilan kilometer yang dibina dengan kos RM27 juta siap sepenuhnya.

Dahulunya Kampung Entangor yang terletak di hulu Sungai Sebangan hanya
boleh dihubungi menggunakan bot dengan perjalanan selama empat hingga lima jam berbanding kini hanya setengah jama sahaja daripada pasar
Sebangan melalui jalan yang telah siap dibina.

Menteri Muda Infrastruktur dan
Pembangunan Pelabuhan Sarawak,Datuk Julaihi Narawi yang merasmikan jalan berkenaan berkata, selain memberi manfaat kepada 475 orang penduduk Kampung Entangor jalan tersebut juga bakal memberi kemudahan kepada penduduk beberapa buah kampung berhampiran. 

Antaranya penduduk Kampung Klait, Kampung Jeragam, Kampung Bulan dan Kampung Kesindu serta memudahkan ibu bapa dan pelajar Sekolah Kebangsaan Bulan Jeragam yang turut berada di laluan jalan tersebut.

“Pihak kerajaan negeri Sarawak di bawah kepimpinan Ketua Menteri,Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg akan terus memberi perhatian terhadap pembangunan infrastruktur rakyat
di luar bandar tanpa mengira masa demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sebuyau itu berkata, keperluan dan kemudahan rakyat akan terus diutamakan selaras dengan visi kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang akan sentiasa mengutamakan Sarawak dalam pelbagai aspek berbanding terlalu taksub dengan asyik ‘politiking’ seperti yang berlaku di Semenanjung.

Dalam majlis yang sama beliau turut merasmikan Dewan Masyarakat Baru
Entangor yang dibina dengan kos RM650,000 dan jalan masuk kampung
Entangor yang telah siap dibina dengan kos RM600,000 serta meluluskan geran
Projek Kecil Luar Bandar (MRP) dan geran Program Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2020 sebanyak RM10,000 untuk PIBG SK St Andrew; masing-masing RM5,000 untuk Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung
(JKKK) dan Perkumpulan Wanita Kampung Entangor serta sebanyak
RM150,000 untuk tujuan bina baru padang futsal di kampung berkenaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »