BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jalan aktiviti judi atas talian, dua lelaki warganegara Indonesia diberkas

PUNCAK BORNEO:Dua lelaki warganegara Indonesia diberkas kerana disyaki menjalankan aktiviti judi atas talian. 

Kedua-dua mereka yang berusia 20 dan 21 tahun ditahan dalam Op Dadu Jabatan Siasatan Jenayah(JSJ) di Kampung Punau, Jalan Puncak Borneo, di sini,6.50 petang semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, Sarawak, Deputi Superintendan Lim Jaw Shyong berkata, barangan yang dirampas ialah tiga unit telefon jenama Iphone, Oppo dan Vivo serta wang tunai
RM 146.

"Kedua-dua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4
4 (1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka(ARJT) 1953 / 6(1)(c) dan Akta Imigresen 1959/63.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »