BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Individu kontroversi disekat masuk Sarawak

KUCHING, 3 Julai: Jawatankuasa Tindakan Perpaduan Negeri (JKTPN) Sarawak akan membincangkan pengunaan hak imigresen Sarawak bagi menghalang kemasukan individu dari luar yang dikhuatiri boleh merosakkan perpaduan penduduk negeri ini.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata demikian sebagai pengerusi JKTPN Sarawak yang akan ditubuhkan dengan beliau juga telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pelaksana Perpaduan Negara (JKPPN) dipengerusikan Menteri Perpaduan, Datuk Halimah Mohamed Sadique. 

"Dari dahulu lagi, bekas Ketua Menteri, Tok Nan (Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Adenan Satem) sangat jelas dan lantang menyuarakan orang yang boleh mengugat perpaduan dan keharmonian di Sarawak tidak dibenarkan masuk ke Sarawak,"katanya pada sidang media perlaksanaan JKTPN Sarawak selepas kunjungan hormat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur di sini, hari ini.

Fatimah berkata demikian mengulas samada jawatankuasa terbabit akan menyokong penggunaan berterusan hak imigresen Sarawak bagi menghalang individu ekstremist perosak perpaduan dari memasuki negeri ini.

Katanya perkara itu antara yang bakal dibincangkan JKTPN Sarawak pada mesyuarat pertamanya selepas membuat perlantikan kalangan ahli jawatankuasa itu.

"Kita juga akan membincangkan mengenai kekuatan dan kekurangan dan peluang yang kita ada (bagi mengekalkan perpaduan kaum) di Sarawak," katanya.

JKTPN Sarawak ditubuhkan bagi membincangkan isu atau masalah perpaduan kaum serta merancang dan melaksanakan program atau aktiviti perpaduan di negeri ini.

Ahlinya akan terdiri dari dari Pegawai Perpaduan Daerah, Badan Bukan Kerajaan (NGO), swasta dan individu yang berpengalaman dan berkepakaran dalam bidang perpaduan.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »