BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Harga Ron 97 & RON95 naik 7 sen, diesel 3 sen

KUCHING, 10 Julai: Harga runcit petrol RON 97 dan RON95 naik sebanyak 7 sen seliter manakala harga runcit diesel naik sebanyak 3 sen seliter bermula 11Julai hingga 17 Julai depan.

Mengikut laman sesawang Kementerian Kewangan Malaysia di www1.treasury.gov.my hari ini, harga runcit RON 97 naik sebanyak 7 sen seliter iaitu dari RM1.95 seliter kepada RM2.02 seliter.

Harga runcit RON95 pula naik sebanyak 7 sen seliter iaitu dari RM1.65 seliter kepada RM1.72 seliter.

Harga runcit diesel juga naik sebanyak 3 sen seliter iaitu dari RM1.84 seliter kepada RM1.87 seliter.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »