BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Harga ayam terkawal di Sarawak


KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sarawak mengumumkan harga ayam tidak naik dan masih terkawal.

Pengarah KPDNHEP Sarawak, YBhg. Dato’ Stanley Tan berkata, sehubungan itu, pemantauan dan pemeriksaan terhadap harga jualan ayam di pasaran di seluruh  Negeri Sarawak.
Menurutnya, sebanyak 57 Notis Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011 telah dikeluarkan terhadap rantaian pembekal ayam iaitu diperingkat runcit, pembekal dan peladang setakat 5 Julai lalu.

"Sebanyak empat puluh dua (42) notis telah dikeluarkan kepada peniaga ayam di pasar awam, sepuluh (10) notis kepada pembekal dan lima (5) notis kepada peladang," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata, KPDNHEP Sarawak turut mempertingkatkan pemantauan harga melalui sejumlah 102 Pegawai Pemantau Harga yang menjalankan pemantauan harga ayam yang sememangnya merupakan keperluan asas di seluruh Negeri Sarawak.

Menurutnya, berdasarkan kutipan harga Bahagian Majlis Harga Negara (BHBN) KPDNHEP Sarawak harga jualan ayam bersih standard (1kg) bagi tempoh Januari hingga Julai 2020 ialah diantara RM6.90 hingga RM8.50/ kg. 
"Semasa tempoh PKP hingga tempoh PKPP harga ayam ialah RM 6.90 hingga RM8.50/ kg . 

"Harga tersebut adalah pada aras normal dan tidak menunjukkan sebarang kenaikan.
" Bahkan pula, pemantauan harga pada 5 Julai  mendapati terdapat dua pasaraya di Kuching iaitu Pasaraya Emart Tabuan Jaya dan Pasaraya H&L Aiman Mall, Kota Samarahan  yang menjual ayam  bersih standard dengan harga bawah aras normal iaitu RM 4.99/ kg dan RM 4.89/ kg," katanya.

Beliau berkata,  peniaga menaikkan harga yang tidak munasabah dan melebihi paras margin keuntungan, tindakan tegas akan diambil di bawah Seksyen 14, Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011.
Individu boleh didenda sehingga RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya manakala bagi Syarikat atau Pertubuhan Perbadanan boleh didenda sehingga RM500,000.

 Sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan kpdnhep di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di talian Whatsapp 019-2794317.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »