BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Harga ayam Sarawak, Sabah tidak naik

KUCHING: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan harga ayam di peringkat peruncit, pemborong dan peladang di Sarawak dan Sabah masih dikekalkan seperti sebelum bulan Mac lalu.

Pengarah Bahagian Penguatkuasa KPDNHEP, Datuk Iskandar Halim Sulaiman berkata, ia merupakan hasil sumber data harga ayam sepanjang 29 Jun 2020 hingga 5 Julai di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang diperoleh daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (MOA).
Menurutnya, MOA merekodkan harga ayam telah menurun di Semenanjung, iaitu di antara RM5.90 hingga RM6.00 di peringkat ladang, RM5.99 hingga RM8.99 di peringkat borong dan RM8.00 hingga RM9.50 di peringkat runcit.

"Manakala harga ayam bagi ketiga-tiga peringkat di Sabah dan Sarawak masih kekal sepertimana harga pada bulan Mac 2020 lagi," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pemantauan di bawah perundangan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 telah dilaksanakan di seluruh negeri bagi mengenal pasti punca kenaikan serta mengesan aktiviti pencatutan bermula 18 Jun lalu.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 353 premis terdiri daripada 280 peruncit, 50 pemborong, dan 23 pengeluar ayam telah diperiksa sehingga 30 Jun 2020.
Jelasnya, sebanyak 310 premis telah dikemukakan notis Seksyen 21 AKHAP 2011 bagi mendapatkan maklumat awal kenaikan harga yang berlaku.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »