BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Guna alat timbang tamat tempoh, tiga peniaga dikompaun


KUCHING:Tiga peniaga di Batu Kawa, masing-masing dikompaun RM100 kerana menggunakan alat timbang yang tamat tempoh sah hasil aduan orang awam.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna(KPDNHEP) Negeri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata,
dalam pemeriksaan oleh Penguatkuasa KPDNHEP Sarawak berkenaan tiga orang peniaga pasar basah masih menggunakan alat timbang yang telah tamat tempoh sah.
"Penggunaan penimbang yang tamat tempoh menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 14(6) Akta Timbang dan Sukat (ATS) 1972,"katanya.

Katanya,sepanjang tahun ini, KPDNHEP seluruh Sarawak telah mengambil 205 kes di bawah ATS 1972 dengan nilai kompaun sebanyak RM28,700 manakala nilai rampasan adalah sebanyak RM51,106.00

Sebarang aduan boleh disalurkan melalui talian hotline kementerian di 1-800-886-800 atau Portal e-aduan KPDNHEP di http://e-aduan.kpdnhep.gov.my atau di talian Whatsapp 019-2794317 atau hadir sendiri di mana-mana pejabat kementerian yang berhampiran supaya tindakan sewajarnya boleh diambil.

Sepanjang tempoh PKP ini, Bilik Gerakan KPDNHEP Sarawak dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga 5.30 petang setiap hari dan boleh dihubungi di talian 082-466052.

KPDNHEP Sarawak juga menyeru kepada semua peniaga supaya memastikan alat timbang dan alat sukatan ditentusahkan untuk tujuan perniagaan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »