BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Geng curi kereta tumpas

KUCHING: Dua lelaki tempatan ditahan di lokasi berasingan di sekitar bandaraya Kuching kerana dipercayai terlibat dalam kes curi kenderaan awal pagi tadi.

Kedua-dua mereka ditahan menerusi Ops Lejang Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching. 
Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata,tangkapan pertama dilakukan di Jalan Tunku Abdul Rahman, jam 12.15 pagi manakala tangkapan kedua di Kampung Stutong Baru, jam 1pagi.

"Bertindak daripada maklumat sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Kuching berjaya menangkap kedua-dua suspek berusia dalam lingkungan 35 dan 44 tahun.
"Berdasarkan siasatan awal, polis percaya kedua-dua suspek terlibat dalam beberapa siri kes curi kenderaan di bandaraya ini dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,pihak polis merampas sebuah kenderaan jenis Perodua Kelisa milik salah seorang suspek, lima batang kunci kenderaan dan pelbagai peralatan mencuri kenderaan.
"Modus operandi sindiket ini menggunakan kunci induk (master key) atau umpil lubang kunci untuk membuka pintu kenderaan. 

"Kedua-dua suspek ditahan di IPD Kuching untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. 
"Jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari tujuh tahun dan juga dikenakan denda.

"Semakan rekod mendapati kedua-dua suspek mempunyai lebih daripada 10 rekod jenayah lampau harta benda dan kes dadah, kedua-dua suspek juga didapati positif dadah jenis methamphetamine," katanya.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »