BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Gagal kemuka dokumen pelepasan, bot tunda ditahan

MIRI:Operasi bersama antara Maritim Malaysia, Zon Maritim Miri dan Miri Port Authority telah menahan sebuah bot tunda membawa barge di perairan Miri, di sini, semalam kerana disyaki gagal mengemukan dokumen pelepasan pelabuhan.

Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten (M) Md. Fauzi Othman berkata, menerusi operasi yang dijalankan bersama Miri Port Authority di perairan Miri, sebuah bot tunda membawa barge dikesan sedang memunggah muatan pada jarak lebih kurang 9 batu nautika dari muara sungai Miri oleh bot ronda Maritim Malaysia lebih kurang jam 5.30 petang.

“Hasil pemeriksaan mendapati bahawa mereka gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan. 

"Seramai dua warganegara tempatan dan lapan warganegara Indonesia dikesan di atas bot tunda dan barge tersebut,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kesemua kru mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap. 

"Bot tunda dan barge tersebut diiring ke Kawasan Bersauh Miri untuk siasatan lanjut. 

"Kes akan disiasat di bawah Akta Kastam 1967 kerana gagal mengemukakan dokumen pelepasan pelabuhan atau ‘Port Clearance’ semasa diperiksa,” tambahnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »