BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Finas santuni Safar Ghafar

KUCHING,11 Julai: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) akan memperluaskan lagi Program Ziarah Kasih FINAS Perihatin yang menziarahi kalangan artis seni veteran dan uzur ke seluruh Sarawak.

Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid berkata demikian dan berikutan itu pihaknya melalui Ahli Lembaga FINAS mewakili Sarawak akan menubuhkan satu pasukan di negeri ini bagi menggerakkan program terbabit yang sudah masuk siri ketiga dengan siri pertama dan kedua dilaksanakan di Semenanjung.

"Dia ( Ahli Lembaga FINAS mewakili Sarawak) akan menubuhkan pasukan FINAS di Sarawak untuk mengerak program yang sama,"katanya ketika mengunjungi artis seni veteran tempatan Safar Ghafar di Taman Sukma, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Safar Ghafar, 62 merupakan artis seni veteran tempatan yang sudah 50 tahun terbabit dalam nyanyian, tarian, lukisan dan pelbagai kegiatan seni lain.

Zakaria berkata program terbabit bertujuan mengingatkan anak muda bahawa sebelum mereka berada dalam dunia seni kreatif tanahair sebenarnya sudah ada orang lama mempelopori seni kreatif terbabit termasuk Safar Ghafar dari Sarawak.

Katanya selain itu program ziarah terbabit juga bagi mengingatkan masyarakat bahawa perjuangan anak seni veteran adalah tidak pernah dilupakan FINAS dan mahu memberi mereka semangat dan dorongan untuk terus berjuang dalam dunia seni kreatif.

"Disamping veteran, kita juga telah mengenalpasti ramai dikalangan artis kita yang uzur, ada yang duduk berkerusi roda, ada yang terlantar di hospital dan FINAS mengambil pendekatan baharu ini bagi mendekati mereka,"katanya.

Katanya sebelum ini adakalanya Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah akan turut menyertai program terbabit manakala bulan depan pihaknya akan menziarahi artis veteran dan yang uzur di Sabah.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »