BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Enam kedai 24 jam di Serian dipotong bekalan elektrik

SERIAN: Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Serian melakukan operasi pemotongan bekalan letrik  ke atas kedai-kedai 24 jam yang kerap diserbu menjalankan aktiviti perjudian dalam talian di sekitar bandar Serian.

Operasi yang djalankan selama 3 jam diketuai oleh beberapa Pegawai Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah IPD Serian dengan di bantu tiga kakitangan Sarawak Energy Bhd. dilakukan  mulai jam 10 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Serian,Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, sebanyak enam buah kedai 24 jam yang pernah diserbu oleh pihak polis kerana menjalankan aktiviti perjudian dalam talian telah diambil tindakan pemotongan bekalan letrik.

"Pemotongan bekalan letrik ke atas premis yang menjalankan aktiviti perjudian dalam talian dilakukan di bawah peruntukan Sek. 21A (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953,"katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya,pihak polis akan terus membuat pemantauan dan serbuan ke atas kedai-kedai 24 jam yang beroperasi menjalankan aktiviti judi dalam talian dan loteri haram dan seterusnya membuat pemotongan bekalan letrik.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »