BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Empat hari hilang, pekerja ladang ditemui selamat

BELAGA: Selepas empat hari hilang, di Marong 2 Estate, Blok Jambatan Besi, di sini, seorang pekerja ladang lelaki ditemui selamat petang ini.

Mangsa,Samat Basa,36, ditemui di blok 30 dengan selamat jam 6.15 petang dalam keadaan lemah, dibawa keluar menggunakan pengusung dengan menaiki kereta milik Syarikat Ladang. 
Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan selanjutnya selanjutnya. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu jam 6.44 petang Khamis lalu.
"Pengurus ladang melaporkan bahawa pekerja beliau telah hilang jam 11 malam Selasa lalu dan tidak dijumpai.

"Maklumat yang diterima dari Balai Polis Belaga, mangsa bersama dua lagi rakannya telah terlibat kemalangan di kawasan Ladang Marong Estate 2, Block Jambatan Besi berkenaan,"katanya di sini hari ini.
Katanya,ketiga-tiga mereka tidak mengalami sebarang kemalangan jiwa, mangsa yang merupakan pemandu kereta jenis Toyota Hilux, seterusnya keluar ke kawasan tersebut untuk mendapatkan bantuan, namun tidak kembali ke kenderaan mereka semula. 

"Rakan-rakan mangsa bersama pengurus ladang seterusnya membuat laporan kehilangan mangsa ke Balai Polis Belaga untuk bantuan,"jelasnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »