BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Empangan Baleh siap 2026

BALEH: Kerja pembinaan Empangan Hidroelektrik Baleh di Kapit yang tertangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Covid-19 sejak Mac lalu diteruskan.

Projek yang berkeupayaan menjana tenaga elektrik sebanyak 1,285 megawatt itu dijangka siap pada 2026.
Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Abang Openg berkata, apabila siap nanti ia akan menyokong pembangunan ekonomi Sarawak ke arah mencapai status negeri maju menjelang 2030.

“Apabila siap kelak, Sarawak mempunyai sumber tenaga yang mencukupi untuk memenuhi permintaan serta keperluan tenaga elektrik oleh pelbagai sektor industri.”
“Empangan Baleh dan empangan lain termasuk Batang Ai, Murum dan Bakun akan mengukuhkan Sarawak sebagai pengeluar utama tenaga boleh diperbaharui dan murah,” katanya selepas sesi taklimat susulan tinjauan ke tapak Empangan Baleh di Kapit hari ini.

Abang Jo menzahirkan masa depan Sarawak sebagai pengeluar utama tenaga mampan terletak dengan penjanaan kuasa hidro.
Katanya, Empangan Baleh yang merupakan satu projek sivil terbesar yang dimiliki Sarawak, mampu meletakkan ekonomi Sarawak terus pada landasan kukuh.

Beliau memberi jaminan kerajaan akan memastikan rakyat di kawasan sekitar empangan turut menikmati bekalan elektrik untuk keperluan rumah dan aktiviti pertanian.

“Kita telah belajar daripada kesilapan seperti di Batang Ai yang mana penduduk di sekitarnya tidak menikmati bekalam elektrik sedangkan sumber itu ada.”

“Pemilikan Empangan Baleh sepenuhnya memberikan kemudahan kepada kita untuk menentukan kadar tarif yang sesuai sekaligus dapat menarik pelabur,” katanya.

Ini merupakan lawatan pertama beliau ke tapak itu. Turut mengiringi lawatan ialah Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Jemut Masing, Menteri Utiliti Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Setiausaha Negeri Datuk Amar Jaul Samiondan Ahli Parlimen Hulu Raja Datuk Wilson Ugak Kumbong.

Abang Jo bersama rombongan meluangkan masa melihat tapak Empangan Baleh dari udara sebelum mendengar taklimat yang disampaikan Pengarah Projek Empangan Hidro Baleh, Tan Hang Kiak.

Hadir sama Pengerusi Sarawak Energy Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datu Sharbini Suhaili.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »