BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua kes positif tempatan, Sarawak kembali kuning



KUCHING: Sarawak merekodkan dua kes positif COVID-19 dilaporkan di daerah Kuching hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 575 kes. 

Pengumuman dua kes baharu tersebut, menjadikan status kod warna bagi 
Daerah Kuching telah bertukar dari warna Hijau kepada status warna Kuning.

Ini menjadikan jumlah daerah di Sarawak berstatus kuning ialah satu buah dan yang berwarna hijau ialah sejumlah 39 daerah.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, kes pertama yang dilaporkan melibatkan kes yang ke -574 iaitu seorang lelaki warga tempatan yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 5 Julai  
kerana mengalami sesak nafas dan kelesuan sejak 1 Julai lalu.

Menurutnya, beliau dimasukkan ke wad isolasi serta merupakan pesakit Diabetes Melitus dan mengalami masalah darah tinggi.

"Ujian makmal RT-PCR COVID-19 
mendapati beliau adalah positif pada 9 Julai," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Uggah berkata, kes kedua iaitu kes yang ke-575, seorang wanita warga tempatan yang bekerja di sebuah syarikat konsultan kejuruteraan di Kuching.

Menurutnya, beliau telah mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 7 Julai dan dimasukkan ke wad perubatan perempuan kerana mengalami sakit dada dan batuk kering.

"Saringan awal COVID-19 pada 7 Julai 2020 mendapati beliau adalah positif untuk ujian RTK Antibody.

"Ujian makmal RT-PCR COVID-19 mendapati beliau adalah positif pada 9 Julai," katanya.

Katanya, kedua-dua kes ini merupakan kes Severe Acute Respiratory Infection (SARI) 
yang berkemungkinan mendapat jangkitan tempatan kerana kedua-dua mereka tiada sejarah perjalanan ke luar negara. 

Menurutnya, pengesanan kontak kes telah dijalankan dan kontak-kontak kes ini telah dikenalpasti.

"Untuk kes Ke-574, kontak adalah merupakan ahli keluarga terdekat sahaja.

"Manakala untuk kes Ke-575, seramai 30 orang kontak telah dikenalpasti dan diberikan arahan kuarantin serta menjalani saringan. 

"Tempat kerja beliau telah ditutup sementara untuk tujuan disinfeksi. Punca 
jangkitan bagi kedua-dua kes masih dalam siasatan," katanya.

Dalam pada itu katanya, sebanyak satu kes baharu yang telah sembuh dan 
discaj dari Hospital Sibu hari ini.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 
positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 552 orang 
atau 96%.

"Seramai 6 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital. Jumlah kematian kekal 17 orang. Hari ini sebanyak 43 PUI baru dilaporkan," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »