BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Diberkas miliki syabu RM20

BAU: Seorang lelaki diberkas kerana memiliki dadah jenis syabu seberat 0.15 gram dianggarkan bernilai RM20 malam tadi.

Lelaki berusia 28 tahun yang bekerja sendiri itu ditahan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau di tepi bangunan Maybank, di sini, jam 12.10 pagi.

Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon berkata, suspek dalam keadaan mencurigakan dan disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah.

"Hasil pemeriksaan tubuh badan suspek telah menjumpai satu keratan tiub straw kecil lutsinar yang berisi bahan Kristal jernih disyaki dadah jenis syabu yang dijumpai di dalam satu beg sandang berlabel LAILU berwarna hitam,"katanya dalam kenyataan hari ini.

"Suspek ditahan di bawah Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. 

"Ujian saringan awal mendapati suspek juga positif Amphetamine dan Methamphetamine dan ditahan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,"ujarnya.

Beliau berkata, suspek yang juga mempunyai rekod kesalahan lampau akan dipohon tahanan reman hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »