BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

DAP Serian tempang,Chong lantik 'orang sendiri'




DAP Serian tidak akan berkubur ekoran peletakan jawatan 'orang kuat' Edward Andrew Luwak.

Malah, gelombang melanda Dap Serian ekoran pengerusinya meletakkan jawatan tidak menjejaskan ahli yang tetap meneruskan perjuangan.

Ia adalah pengakuan Pengerusi Dap Sarawak, Chong Chieng Jen susulan peletakkan orang kuat Dap Serian tersebut baru-baru ini.

Titik noktah peletakan jawatan Andrew ekoran mengkritik bos dap Sarawak, Chieng Jen kerana keputusan memilih muka baharu bagi kerusi Bukit Semuja pada pilihan raya negeri (PRN) akan datang.

Andrew mengkritik, kepimpinan DAP negeri juga gagal menganalisis secara kritikal faktor ia gagal memenangi kerusi Serian dan Bukit Semuja pada 3 pilihan raya lalu.

Untuk rekod pemimpin disenangi penduduk tempatan tersebut mewakili DAP di kerusi Parlimen Serian pada PRU 2013 dan kerusi Bukit Semuja pada PRN 2016, tetapi gagal memenangi 2 kerusi itu.

Beliau bertanding semula di Serian pada PRU 2018, tetapi tewas kepada Richard Riot daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Chieng Jen berkata, pemimpin datang dan pergi, tetapi prinsip dan perjuangan parti serta prinsip parti tetap kuat dan utuh.

Menurutnya, sebahagian besar ahli cabang masih bersama parti seperti yang ditunjukkan dalam mesyuarat.

"Kebanyakannya bersemangat tinggi, tidak terganggu oleh Pengerusi yang keluar dari parti," katanya dalam kenyataan. 

Beliau berkata, mesyuarat bersama ahli cabang Dap Serian bagi memberi penerangan peletakan jawatan Edward.

Chong berkata, pihaknya meletakkan calon muda untuk kerusi Bukit Semuja untuk Pilihan Raya Negeri akan datang. 

Katanya, Cabang Serian kini ditugaskan untuk membantu kerusi DUN Semuja dan Dun Kedua pada PRN akan datang.

Rentetan peletakan jawatan sebelum ini, Edward berkata, Chong memberitahu beliau tidak akan dicalonkan untuk kerusi itu semula dan muka baru akan diperkenalkan.

Luwak, 67, yang mengumumkan peletakan jawatannya daripada DAP Sabtu lalu, percaya Ketua Pemuda DAP Serian, Brolin Nicholson ialah calon pilihan Chong untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

“Keputusan keluar parti dinyatakan dalam surat yang diberikan kepada parti. Saya tidak perlu menyatakan dengan terperinci, tetapi saya hanya mahu kata saya telah hilang keyakinan terhadap pucuk kepimpinan parti,” katanya dipetik FMT.

Katanya, beliau tidak akan berundur daripada arena politik, tetapi belum memutuskan untuk menyertai parti lain.

Sebelum itu, Chong mendakwa Luwak memutuskan keluar parti kerana kepimpinan parti tidak memilihnya sebagai calon bagi kerusi Bukit Semuja.

Katanya, Luwak kelihatan tidak gembira apabila dimaklumkan beliau tidak akan dicalonkan.

“Memang saya tidak gembira. Saya tidak menafikannya, tetapi saya ada alasan yang saya percaya wajar. Bagi saya, Chong lebih suka seseorang yang boleh dipergunakannya. Beliau mahu melebihi orang lain. Jika Pakatan Harapan membentuk kerajaan dan Nicholson menang, adakah anda fikir Chong akan mencalonkannya untuk pelantikan?

“Beliau tentu akan kata ‘beliau (Nicholson) terlalu baru’ dan orang lain yang akan dapat jawatan itu. Nicholson dipilih sendiri oleh Chong. Jawatankuasa Serian dipintas. Saya melatih Nicholson, tetapi namanya belum timbul untuk bertanding dalam pilihan raya," jelasnya.

Katanya, Nicholson ialah graduan muda yang baru selesai konvokesyennya tahun ini.

Luwak berkata, beliau sedia memberi laluan kepada calon “matang” yang sesuai, “disukai dan dikenali rakyat”.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »