BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Daerah Samarahan bertukar kuning


KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Douglas Uggah Embas berkata, Daerah Samarahan telah bertukar status dari status Hijau kepada status Kuning.

Menurutnya, ini menjadikan jumlah Daerah di Sarawak berstatus kuning adalah sebanyak dua buah iaitu Daerah Kuching dan Daerah Samarahan dan yang berwarna hijau ialah sejumlah 38 buah Daerah.

"Status Daerah Samarahan bertukar ke kuning ekpran satu kes jangkitan tempatan dilaporkan hari ini," katanya pada sidang media hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, tiada kes baharu yang telah sembuh dan discaj dari Hospital Umum Sarawak hari ini.

"Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes 
positif COVID-19 yang telah sembuh dan discaj kekal sebanyak 554 orang 
atau 95.03%.

"Seramai 11 orang masih menerima rawatan dalam wad isolasi hospital dan jumlah kematian kekal 18 orang atau 3.09%. 

"Hari ini sebanyak 22 PUI baru dilaporkan dan 18 kes masih menunggu ujian makmal," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »