BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 : Penduduk Bau berwaspada

KUCHING: Penduduk di Bau mulai membuat hantaran di media sosial supaya berwaspada berikutan penutupan sementara sebuah resort selepas salah seorang tetamunya disahkan posiif Covid-19 semalam.

Bung Jagoi dalam dalam satu hantaran di Facebook menasihatkan warga Bau berhati-hati kerana pesakit kes-582 pernah bermalam di salah satu penginapan di Libiki Bamboo Resort, yang terletak di kawasan Bau pada 4 hingga 5 Julai.

"Pakai mask, cuci angan secara kerap, amalkan penjarakan sosial warga Bau. Jangan ada kluster baru ajak kelak," katanya.

Warganet turut menasihatkan penduduk Bau berhati-hati kerana daerah itu terkenal dengan banyak destinasi pelancongan.

Sementara itu, Libiki Bamboo Resort dalam satu kenyataan di Facebooknya memberitahu, pihaknya sudah menutup resort itu sementara bagi membolehkan kerja-kerja saniasi dan saringan Covid-19 ke atas pekerja dilakukan.

"Kami mengesahkan pesakit kes-582 adalah salah seorang tetamu yang menginap di resort pada 4 dan 5 Julai. Beliau dan keluarga masuk pada jam 5 petang dan keluar pada jam 1 petang keesokan hari," kata kenyataan itu lagi.

Pihak resort turut memberi jaminan bahawa mereka mematuhi prosedur standard operasi (SOP) yang ditetapkan  dan semua kakitangan mereka setakat ini sejak 4 Julai tiada menunjukkan simptom.

"Kami akan maklumkan keputusan terkini apabila proses saringan selesai. pray for us and be safe everyone," katanya.

Sementara itu Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dalam kenyataan turut mengesahkan kes ke-582 membabitkan seorang petugas kesihatan yang bertugas di sebuah hospital Kuching.

“Beliau tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala. Beliau telah menjalani saringan swab rT-PCR untuk Covid-19 di hospital swasta pada 14 Julai 2020 dan keputusan ujian makmal mendapati positif Covid-19 pada hari yang sama,” kata JPBNS.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »