BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 : Malaysia no 2 kadar kesembuhan

KUCHING, 5 Julai: Malaysia berada di kedudukan ke dua selepas Iceland dikalangan negara yang masih aktif kes Covid-19 dan kadar kesembuhan tinggi sehingga semalam.

"Di kalangan negara kes masih aktif dengan kadar kesembuhan yang tinggi, negara Malaysia berada di kedudukan ke-2 selepas Iceland," menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Facebooknya hari ini.

Mengikut KKM juga kadar kesembuhan dunia hampir mencapai 55% dengan negara Amerika Syarikat, Brazil, India terus mencatatkan kes harian melebihi 20 ribu kes.

Manakala negara Afrika Selatan, Mexico dan Rusia mempunyai jumlah kes harian 6 ribu hinggga 10 ribu kes.

Statistik dikeluarkan KKM juga menunjukkan keseluruhannya lebih 11 juta kes Covid-19 di 210 negara seluruh dunia, dengan lebih 500,000 kematian dan lebih 6 juta kes sembuh sehingga semalam (4 Julai 2020).

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »