BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 : Fatimah sahkan tadika ditutup

KUCHING, 15 Julai: Menteri Kebajikan Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak -Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah mengesahkan sudah dimaklumkan mengenai penutupan sementara satu tadika di Kota Samarahan mulai hari ini kerana pelajarnya mempunyai kontak dengan kes positif Covid-19.

"Saya baharu sahaja dimaklumkan mengenainya (penutupan sementara tadika terbabit),"katanya selepas merasmikan penutupan Program Perlesenan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak (#PUWaS) di Wisma Wanita, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya di sini, hari ini.

Fatimah mengulas mengenai surat yang viral memaklumkan penutupan sementara satu tadika di Kota Samarahan hari ini kerana dua pelajarnya mempunyai kontak rapat dengan seorang pesakit yang disahkan positif Covid-19 semalam.

Beliau juga mengesahkan tadika terbabit boleh dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan melakukan penutupan sementara operasi mereka sekiranya ada dikalangan guru, anak murid atau ibu bapa serta anak terbabit positif Covid-19.

"Ini ( penutupan sementara tadika di Sarawak) yang pertama kami dengar, itu pun bukan berlaku dalam tadika terbabit tapi hanya kerana kontak,"katanya.

Fatimah berkata mengikut SOP sekiranya tadika ada kes positif Covid-19, pihaknya akan segera mengarahkan tadika terbabit ditutup sementara.

Katanya pihak Kementerian Kesihatan kemudian akan ambil alih dengan mengesan semua kontak kes positif di tadika terbabit dan mengarahkan kontak menjalani kuarantin di rumah dan selepas itu dibuat ujian saringan Covid-19.

"Itu (penutupan tadika lain di kawasan sama) akan dibuat pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dan Kementerian Kesihatan,"katanya.

Beliau berkata semua tadika lain yang berhampiran tadika yang diarahkan ditutup terbabit masih boleh beroperasi sehinggalah mereka juga ada arahan penutupan sementara dari JBPN Sarawak.

keterangan gambar: 

1.Dato Sri Fatimah Abdullah (dua dari kiri) menyampaikan sijil kepada wakil peserta Program Perlesenan Perniagaan Usahawan Wanita Sarawak (#PUWaS) di Wisma Wanita, Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya di sini, hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »