BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Covid-19 : Borneo Medical Centre buat penafian


KUCHING, 12 Julai: Borneo Medical Centre menafikan kes ke 576 jangkitan Covid-19  dan kes kematian  ke 18 di negeri ini membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 72 tahun telah dimasukkan ke pusat perubatan itu di bandar raya ini pada 9 Julai lepas.

Menurut kenyataan media Borneo Medical Centre yang disiarkan di laman Facebooknya, lelaki terbabit telah di ke Jabatan Kecemasan pusat perubatan itu dengan sindrom pernafasan dan disyaki dijangkiti Covid-19.

"Ujian segera mengesahkan kemungkinan jangkitan Covid-19 dan dia telah segera dirujuk ke Hospital Umum Sarawak,"menurut kenyataan itu.

Semua kakitangan perubatan yang hadir kepada pesakit terbabit di Jabatan Kecemasan telah berpakaian Peralatan Perlindungan Diri Dipertingkatkan (PPE) atau Standard.

Manakala penyahtinjaan yang mematuhi garis panduan Kementerian Kesihatan telah dijalankan segera selepas pesakit meninggalkan Jabatan Kecemasan.

Semua kakitangan yang pernah berhubung rapat dengan pesakit itu telah dikuarantin sebagai langkah berjaga-jaga dan akan menjalani ujian PCR  COVID-19 sebelum kembali bekerja.

Borneo Medical Centre juga memberi jaminan kepada orang awam yang pusat itu ada kelengkapan cukup bagi mengesan pesakit Covid- 19 termasuk kakitangan terlatih dengan PPE.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »