BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Calon SUPP mesti turun padang

KUCHING, 8 Julai: Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) menegaskan tidak akan memilih calon pilihan raya bagi parti terbabit dari kalangan ahlinya yang suka duduk dalam pejabat sahaja.

Presiden SUPP, Dato Sri Dr Sim Kui Hian berkata demikian dan hanya ahli yang gemar turun padang dan sentiasa dapat dilihat penduduk akan dipilih sebagai calon parti itu.

"Sentiasa ada banyak isu mengenai calon (SUPP) dan saya selalu berkata calon mestilah seseorang yang aktif turun padang, seorang sentiasa dapat dilihat dan seseorang yang tidak duduk di pejabat bagi dipilih sebagai calon,"katanya ketika SUPP mengadakan majlis penyampaian Kenyalang Gold Card (KGC) di pejabat Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Dr Sim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata demikian mengulas mengenai usaha mengenalpasti calon SUPP bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri Ke-12 dan Pilihan Raya Umum Ke-15 sekiranya diadakan serentak.

Beliau enggan mengulas lanjut mengenai calon parti itu dan menegaskan hanya Ketua Menteri boleh menetapkan bila Pilihan Raya Negeri Ke-12 akan diadakan dan Perdana Menteri yang menetapkan bila Pilihan Raya Umum Ke-15 akan diadakan.

"Apa yang penting kami (SUPP) terus bekerja untuk Sarawak dan kepentingan Sarawak sentiasa didahulukan dan dibuktikan dengan pengeluaran KGC untuk orang Sarawak," katanya.
 
Dr Sim berkata selepas ini pihaknya akan memulakan perkhidmatan bas sekolah percuma pula bagi warga Sarawak dan sebelum ini perkhidmatan terbabit telah tergendala akibat Perintah Kawalan Pergerakkan.
tamat




Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »