BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Buruh menyamar sebagai polis ditahan

ARAU, 10 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang buruh yang menyamar sebagai anggota polis dan memeras ugut seorang pekerja kampung di Kampung Ngulang Mata Ayer, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Arau, Supt Nanda Maarof berkata dalam kejadian 8.30 malam Rabu lepas, suspek berumur 34 tahun itu datang ke rumah mangsa dan meminta wang sejumlah RM200 dan mendakwa mangsa sebagai pengedar dadah di Padang Besar.

“Suspek yang berpakaian preman memperkenalkan diri daripada Jabatan Narkotik Padang Besar telah mengugut mangsa, tetapi mangsa tidak mempunyai wang dan hanya memberi RM50 kepada suspek.

“Pada hari yang sama mangsa membawa suspek bertemu majikannya bagi mendapatkan baki wang yang diminta,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, dekat sini hari ini.

Nanda berkata suspek terus beredar dari kediaman majikan mangsa setelah diminta menunjukkan kad kuasa polis dan kad pengenalan.

Katanya, sangsi dengan tindakan suspek, majikan membawa pekerjanya (mangsa) membuat laporan polis di Balai Polis Mata Ayer.

“Kita berjaya menahan suspek semalam di kediamannya di Kaki Bukit dan sedang mengesan seorang lagi lelaki dipercayai rakan suspek yang terlibat sama dalam kejadian tersebut,” katanya.

Nanda berkata suspek mempunyai empat rekod jenayah lampau berkaitan dadah, mencuri, melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Katanya, suspek direman empat hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 384 dan 170 Kanun Keseksaan kerana pemerasan dan menyamar penjawat awam.
--BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »