BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bomba tubuh Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua, di Mulu

MULU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak menubuhkan Pasukan Mencari dan Menyelamat di Gunung dan Gua (MOCSAR) Taman Negara Mulu.

Pengarah JBPM Negeri Sarawak, Khirudin Drahman berkata, idea penubuhan MOCSAR bermula sejak tahun 2017 yang lali di mana JBPM Sarawak telah melaksanakan Latihan Penyelamatan yang melibatkan Pasukan STORM (Special Tactical Operation Rescue Management) di Taman Negara Mulu selama seminggu. 
Menurutnya,setelah perbincangan dan kertas cadangan penubuhan telah dipertimbangkan dan diluluskan oleh Pengurusan Tertinggi Ibu Pejabat JBPM, maka hari ini telah mencatatkan sejarah dimana tertubuhnya satu pasukan Khas MOCSAR di Taman Negara Mulu. 

"Dengan adanya pasukan MOCSAR ini, keyakinan pelancong untuk mengunjungkan Taman Negara Mulu akan lebih tinggi seterusnya merancakkan industri pelancongan negeri Sarawak.
"Kejadian lemas di Gua Rusa, Taman Negara Mulu yang menimpa pelancong asing warganegara Belanda dan pemandu pelancong warga tempatan yang benar-benar menguji kesiapsiagaan jabatan dalam menghadapi insiden,"katanya di
Majlis Pelancaran Pasukan MOCSAR Mulu hari ini.

Seramai 11 orang pasukan MOCSAR telah diberi surat perlantikan oleh Khirudin di majlis itu.
 Dalam majlis itu juga turut disampaikan sebanyak 30 unit Alat Padam Api kepada tiga buah kampung iaitu Kampung Melinau, Kampung Batu Bungan dan Kampung Long Iman. 

Sebagai penghargaan JBPM Kepada Pemandu Pelancong yang terkorban semasa kejadian lemas di gua Rusa tahun lepas, iaitu mendiang Roviezal Robin, Khiruddin telah menyampaikan Sijil Penghargaan kepada bapa mendiang bagi menghargai keberanian yang telah ditunjukkan oleh mendiang.

Katanya,begitu juga kebakaran hutan di Bukit Batu Bungan menuntut jabatan untuk mencari kaedah penyelesaian segera supaya sebarang insiden yang berlaku di Taman Negara Mulu dapat ditangani dalam tempoh masa yang singkat seterusnya meningkatkan capaian response time jabatan.

"Pelantikan pasukan ini adalah sebagai anggota Bomba Bantuan (PBB) secara on-call, berbeza dengan perlantikan PBB yang bertugas di Balai-Balai Bomba melalui konsep standby di Balai Bomba. 

"Pasukan ini akan diwajibkan untuk menjalani latihan yang berbagai bentuk dan modul sekurang-kurangnya 12 jam seminggu bagi meningkatkan kemahiran mereka secara berterusan,"ujarnya.

Beliau berkata,jabatan akan memberi pelbagai latihan kemahiran sekurang-kurangnya 60 jam setiap bulan untuk tempoh enam bulan pertama. 

"Untuk tempoh enam bulan selanjutnya, pasukan MOCSAR akan diberi latihan sekurang-kurangnya 36 jam seminggu,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »