BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bomba pantau rekahan tanah di klinik Kesihatan Long Lama

LONG LAMA: Operasi pemeriksaan di Klinik Kesihatan Long Lama semalam mendapati ada retakan baharu di bahagian luar bangunan.

Sebelum ini pada 1 Julai, berlaku rekahan tanah sepanjang 30 meter di hadapan laluan pintu masuk utama klinik, menyebabkan pintu masuk dihadapan ditutup dan orang ramai terpaksa menggunakan pintu belakang.

Ketua Balai BBP Marudi, Maureen Sim berkata, pasukan bomba telah kembali semula ke lokasi untuk membuat tanda dan tagging di kawasan yang retak seperti di jalan raya, kawasan luar bangunan, dalam bangunan dan tepi kuarters

“Pihak bomba diberitahu oleh pegawai perubatan bahawa terdapat keretakan baharu di bahagian luar bangunan.”

“Justeru ukuran retakan yang telah ditanda dan tagging akan diambil oleh staf KK Long Lama pada setiap hari bagi memastikan kadar pergerakan mendapkan dan jarak keretakan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, maklumat kawasan kadar pergerakan dan jarak keretakan akan direkod oleh pasukan bomba dan KK Long Lama supaya data kadar gerakan tanah adalah seragam.

Pemantauan itu dilaksanakan sebagai langkah berwaspada terutama dalam cuaca yang tidak menentu ketika ini.

Gambar Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »