BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bomba Betong bantu warga emas sesat

BETONG: Dua warga emas suami isteri yang dalam perjalanan balik dari Mukah ke Kuching sesat di jalan Tembawai Tinting Ulu Layar, di sini, malam tadi.

Warga emas tersebut ialah  Saie  Rasoan, 69, dan isteri Fatimah Piee, 73. 

Pegawai Bomba Kanan I (Pegawai Operasi BBP Betong) Henry Jugah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu jam 7.05 malam.

"Kereta yang dinaiki  mereka juga telah mengalami kerosakan dari jam 11.30 pagi. 

"Didapati isteri mangsa menggunakan kaki palsu tidak dapat bergerak,"katanya di sini hari ini.

Katanya, pihak bomba dengan bertindak mengangkat isteri mangsa menggunakan spinel board dan seterusnya dihantar ke hospital Betong menggunakan EMRS untuk diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »