BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

BKSS 2020, RM745,612 juta telah diberikan kepada penerima setakat 30 Jun lalu


KUCHING - Pejabat Ketua Menteri dalam kenyataan memetik laporan Pengarah Economic Planning Unit Sarawak berkata, sehingga 30 Jun lalu, belanja keseluruhan bagi BKSS 1.0, 2.0 dan 3.0 sebanyak RM1,451.99 juta.

Katanya, daripada jumlah itu, pembayaran tunai sebanyak RM745.612 juta bagi program BKSS 2020 telah pun dibuat.

"Secara rumusan, senarai pertama bagi Insentif BKSS bagi Isi Rumah B40 Yang Layak berdasarkan BSH 2019 yang ada pada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

"Justeru itu, terdapat banyak aduan diterima daripada sesetengah mereka yang dikatakan layak untuk BKSS tapi tak disenarai. Selain itu, terdapat permintaan daripada kategori bujang untuk mendapatkan bantuan berikutan mereka juga terjejas dalam pandemik ini," jelas kenyataan itu.

Kerajaan Sarawak telah mengumumkan 16 langkah bagi BKSS 1.0 pada 23 Mac lalu, 4 langkah bagi BKSS 2.0 (10 April 2020) dan 8 langkah dibawah BKSS 3.0 (8 Mei 2020) bagi manfaat semua rakyat negeri ini.

Sehubungan itu, tambahnya, Kerajaan Sarawak membuka rayuan untuk Isi Rumah B40 Yang Layak dan B40 Bujang yang telah ditutup pada 31 Mei lalu.

"Kemudian pada 19 Jun lalu, pihak Economic Planning Unit Sarawak menerima senarai BSH 2020 daripada LHDN bagi 369,139 Isi Rumah B40 Yang Layak dan 419,395 B40 Bujang yang layak.

"Oleh itu, mereka dapat membuat pengesahan senarai Rayuan untuk mereka yang layak namun tak tersenarai dalam BKSS yang berjumlah 53,472 isi rumah B40 dan 147,501 B40 Bujang," katanya.

Menurutnya, jumlah perbelanjaan keseluruhan diperlukan berjumlah RM80.21 juta bagi Isi Rumah B40 dan B40 Bujang sebanyak RM73.75 juta yang akan dibayar hujung bulan Julai 2020.

Berikut status terperinci implementasi Insentif BKSS setakat 17 Julai 2020 :

Isi Rumah B40 Yang Layak

a) Jumlah keseluruhan isi rumah B40 yang layak ialah 369,139. Jumlah ini daripada senarai BSH 2019 dan BSH 2020 termasuk rayuan kepada LHDN.
b) 406,234 isi rumah B40 telah menerima pembayaran dengan jumlah RM304.68 juta.
c) 78,123 isi rumah B40 belum menerima bayaran. Jumlah itu termasuk mereka yang diluluskan daripada Rayuan Isi Rumah menerusi Pejabat Daerah dan sistem online sebanyak 28,372 isi rumah.
d) Oleh itu, 78,123 Isi Rumah B40 akan dibayar hujung bulan Julai ini dengan anggaran perbelanjaan RM117.18 juta.

B40 Bujang Yang Layak

a) Jumlah keseluruhan B40 Bujang yang layak ialah 419,395. Jumlah ini daripada senarai BSH 2019 dan BSH 2020 termasuk rayuan kepada LHDN.
b) 114,683 B40 Bujang telah menerima pembayaran dengan jumlah RM57.21 juta.
c) 270,863 B40 Bujang belum menerima bayaran. Jumlah itu termasuk mereka yang diluluskan daripada Rayuan Bujang menerusi Pejabat Daerah dan sistem online sebanyak 127,819 orang.
d) Oleh itu, 270,863 B40 Bujang akan dibayar hujung bulan Julai ini dengan anggaran perbelanjaan RM135.43 juta. 

Insentif BKSS Bayaran Tunai Lain 

(a) Bagi Insentif Bulanan Khas bagi Kakitangan Frontline Terlibat COVID-19, sejumlah 29,464 kakitangan telah menerima bayaran setiap bulan RM200 dari tempoh April ke Jun 2020 berjumlah RM12.64 juta. Front-liners ini termasuk Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Bilik Gerakan Negeri (Ops Room), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), RELA, Bomba, Kastam, Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan media.

(b) Bantuan kepada Penjaja dan Peniaga Kecil melibatkan 15,829 penjaja yang layak selepas pengesahan dibuat oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Daripada jumlah itu, 9,623 penjaja telah dibayar melalui Sarawak Pay dan 6,206 penjaja menggunakan BSN. 

(c) Insentif kepada pemilik dan operator Penambang Berdaftar dengan Sarawak River Board (SRB). Sejumlah 149 Penambang telah dibayar sebanyak RM74,500. Masih terdapat 17 Penambang dengan pembayaran masih tertangguh dan 33 menunggu pengesahan daripada SRB.

(d) Insentif kepada Operator Van, Pemandu Teksi dan Bas Sekolah/Operator Van di Sarawak. Sebanyak 257 Operator Van Berlesen masih menunggu pengesahan daripada Commercial Vehicle Licensing Board (CVLB). Sekitar 384 Bas Sekolah/Operator Van masih tertangguh bayaran. Sejumlah 840 Pemandu Teksi telah menerima insentif berjumlah RM504,000. Sebanyak 99 pemandu teksi masih dalam proses pembayaran dan 74 pemandu teksi masih menunggu pengesahan daripada CVLB.

(e) Bantuan Geran Khas kepada Pemandu Pelancong dan Taman Berlesan menyaksikan 236 telah menerima bayaran berjumlah RM354,000.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »