BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Belum ada sebarang petunjuk ditemui

PUSA: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih belum menemu sebarang pentunjuk kehilangan warga emas, Sarkawi Talip, 61, hilang di tebing Sungai Undei, Kampung Tambak dikhuatiri dibaham buaya Khamis lalu.

Pegawai Operasi Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Betong, PBK1 Henry Jugah berkata, operasi SAR yang memasuki hari kelima hari ini masih gagal mengesan mangsa.

"Malah,tidak ada sebarang petunjuk ditemui sepanjang operasi SAR mencari mangsa,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, operasi hari ini dimulakan jam 9.15 pagi tadi.

"Pasukan SAR melakukan operasi pencarian radius satu kilometer ke hilir muara sungai Undai dari Pusat Kawalan Bomba(PKB),"ujarnya.

Turut serta dalam operasi SAR ialah PDRM lapan anggota,dua bot APM juga dengan lapan anggota, dan
orang Kampung 30 orang menggunakan perahu.

Mangsa dikatakan keluar ke Sungai Undey pada Khamis lalu untuk tujuan mengambil batang rumbia bersama tiga orang lagi rakan mangsa.

Saksi merupakan rakan mangsa ternampak mangsa telah disambar dan diheret oleh seekor buaya ke hulu sungai.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »