BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Belum 60, jangan pohon

KUCHING, 8 Julai: Orang ramai di negeri ini yang belum mencapai usia 60 tahun diminta tidak cuba memohon Kenyalang Gold Card (KGC) yang hanya bagi golongan warga emas berusia 60 tahun dan keatas.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah berkata kerana pihaknya turut ada menerima permohonan mendapatkan KGC dari mereka yang kurang dari usia 60 tahun.

"Dia (pemohon bawah usia 60 tahun) kata nanti dia akan jadi usia 60 tahun, kita kata selepas mencapai usia 60 baharu boleh mohon (KGC),"katanya majlis penyampaian Kenyalang Gold Card (KGC) kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di pejabatnya di Bangunan Baitulmakmur, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Dimajlis terbabit sebanyak 1,636 KGC diserahkan Fatimah kepada Presiden SUPP, Dato Sri Sim Kui Hian bagi diagihkan kepada wakil parti itu di kawasan masing-masing.

KGC merupakan insentif kerajaan Sarawak dilancarkan 7 Mac lepas bagi membolehkan warga emas tempatan berusia 60 tahun ke atas menerima potongan harga, rebat dan sebagainya bagi mendapatkan barangan atau perkhidmatan disediakan pihak swasta yang menjadi rakan strategik insentif itu.

Fatimah berkata setakat ini jumlah permohonan kad itu yang telah diterima dari orang ramai di negeri ini ialah sebanyak 158, 242 permohonan dan bahagian Kuching tetinggi dengan sebanyak 47, 101 permohonan.

Manakala jumlah kad KGC yang telah siap dicetak bagi bahagian Kuching ialah sebanyak 36, 688 kad atau mencecah 77.9 peratus.

"Keseluruhan kad (KGC) yang telah dicetak setakat ini ialah sebanyak 62, 229 kad dan ketika Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) lepas, kerja pencetakkan dan proses permohonan KGC ada tergendala sementara,"katanya.

Katanya bagi mengejar semula tempoh masa lebih tiga bulan yang hilang akibat PKP terbabit, pihak pencetak kad terbabit sudah memberikan jaminan kepada kementerian itu yang mereka boleh mencetak sehingga 12,000 kad itu dalam tempoh seminggu ketika ini.

"Kita akan terus agihkan (kad KGC yang sudah dicetak) melalui samada Pusat Khidmat (Wakil Rakyat) ataupun melalui Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat supaya dapat diagihkan dengan cepat,"katanya.

Manakala rakan strategik KGC setakat ini adalah sebanyak 72 rakan strategik di seluruh Sarawak dengan seramai 40 rakan strategik terbabit terdapat di Kuching.

Fatimah juga mendedah setakat ini juga belum ada syarikat penerbangan samada MAS atau Airasia menjadi rakan strategik insentif itu berikutan ramai pemohon kas menanyakannya dan mahu potongan harga tambang tiket penerbangan.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »