BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Belia acuan negara, Karim


BETONG: Menteri Pelancongan, Kesenian Dan Kebudayaan Sarawak dan Menteri Belia Dan Sukan Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu belia hari ini bakal menjadi pewaris generasi akan datang.

Beliau turut menekankan belia adalah acuan bagi sesebuah Negara.
"Pembangunan golongan belia adalah sangat penting bagi menentu hala tuju dan kejayaan sesebuah negara.

"Oleh hal yang demikian, golongan belia hari ini merupakan pewaris generasi yang akan menjadi pemimpin perlu bekerja keras untuk memacu kejayaan Negara pada masa hadapan.
"Suatu hari nanti semua pemimpin yang ada pasti akan pergi meninggalkan kita dan tidak lagi berada bersama memikirkan hala tuju kepimpinan yang ada, makanya kita harus bersedia membangunkan potensi belia untuk mencari pengganti pemimpin yang ada.

"Justeru itu, belia harus memiliki ilmu pengetahuan dalam pengurusan diri dan perlu mempunyai nilai kepimpinan untuk menerajui kelompok komuniti yang aktif seterusnya berjaya menjadi pemimpin yang disegani," katanya.
Karim berkata demikian ketika berucap merasmikan program Jelajah Belia Sarawak 2020 @ Layar, Betong yang berlangsung di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan Betong dekat sini semalam.

Tambahnya program yang dijalankan di sini merupakan yang ke-10 daripada 40 siri program yang dirangka yang bermula dari tahun lalu.
Program yang dihadiri kira-kira 161 belia dari DUN Layar mendapat sambutan yang menggalakkan dan memberi respon positif yang memberangsangkan.

Turut hadir ADUN Layar, Gerald Rentap Jabu, Setiausaha Tetap, Kementerian Belia Dan Sukan Sarawak, Nancy Jolhi, Residen Bahagian Betong, Friday Belik, Pegawai Daerah Betong, Sofhi Jebal serta Ketua-Ketua Jabatan Dan Masyarakat sekitar Betong.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »