BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bekas naib pengerusi PKR Sarawak sertai DAP

KUCHING, 4 Julai: Parti Tindakan Demokratik ( DAP) Sarawak kini mempunyai DAP Cawangan Bau apabila 100 penduduk kawasan itu menyertai parti terbabit dan menubuhkan cawangan baharu itu.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen berkata penduduk terbabit diketuai Granda Aing telah menyertai DAP Sarawak dan menubuhkan cawangan itu pada 2 Julai lepas.

"Cawangan baharu terbabit akan bekerjasama dengan DAP Cawangan Tasik Biru sedia ada dalam menyediakan khidmat kepada rakyat kawasan Bau dan juga membuat persediaan pilihan raya negeri akan datang,"katanya dalan kenyataan medianya di laman Facebook hari ini.

Chong berkata DAP Cawangan Bau adalah cawangan ke lima DAP Sarawak di wilayah selatan negeri ini yang ditubuhkan selepas Perintah Kawalan Pergerakkan Pemulihan (PKPP) bermula pada 10 Jun lepas.

Katanya cawangan lain ialah Cawangan Sungai Tapang, Cawangan Stapok, Cawangan Maong Bazaar dan Cawangan Green Road.

Katanya kekuatan DAP ialah integriti dan berdisiplin serta nilai ini amat jarang dalam politik Malaysia dimana pengkhianatan, tikam belakang, tamak dan melompat parti telah menjadi norma baharu.

"Sebagai Pengerusi DAP Sarawak, saya gembira kerana anak Sarawak yang biasa masih memegang tinggi dan menghargai nilai sebegini dalam parti politik,"katanya dan ini dibukti dengan kemasukan ahli baharu kepada parti terbabit terutama selepas kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada Mac tahun ini.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »