BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Bantuan BSH, BPN dan BKSS diagihkan di Betong

BETONG: Timbalan Menteri Kewangan II Malaysia, Tuan Mohd Shahar Abdullah menyeru agar penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) khasnya, agar membuka akaun dan kemaskini maklumat akaun di dalam permohonan akan datang.

Ini katanya, agar dapat mengurangkan bilangan penerima secara pembayaran tunai dan penerima terpaksa hadir dan bersesak bagi mendapatkan bayaran.

Beliau yang berkesempatan datang dan turun padang menyaksikan para petugas dari pelbagai agensi yang terlibat pada program pembayaran baucer Bantuan Sara Hidup (BSH), Bantuan Prihatin Nasional (BPN) dan Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) Bahagian Betong.

Beliau juga sempat menyantuni para penerima yang beratur dalam barisan yang panjang pada program terbabit yang berlangsung di Dewan Panglima Rentap, Betong dekat sini.

Program yang dijalankan selama dua hari itu melibatkan 1,697 penerima bantuan dari Kerajaan Perikatan Nasional(PN) dan Kerajaan Gabungan Parti Sarawak(GPS).

Dalam pada itu kehadiran Tuan Mohd Shahar ke Betong adalah dalam rangka lawatan kerja ke Sarawak dari 8 hingga 11 Julai ini.

ADUN Layar Gerald Rentap Jabu dan ADUN Saribas Mohammad Razi Sitam turut hadir dalam lawatan tersebut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »