BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Azhar Ahmad dilantik sebagai Panglima 3 Briged

KUCHING: Brigedier Jeneral Dato' Azhar Ahmad dilantik sebagai Panglima 3 Briged yang baru menggantikan Brigedier Jeneral Mohd Isa Jaafar yang akan bersara.

Majlis Serah Terima Tugas telah diadakan Dataran Markas 3 Briged disaksikan oleh Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Dato' Dzulkafli Mustaffa semalam.
Brigedier Jeneral Dato' Azhar Ahmad dilahirkan pada 15 Februari 1963 di Masjid Tanah, Melaka. 

Beliau memulakan karier dengan menyertai latihan sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja pada tahun 1981, dan seterusnya ditaulahkan sebagai Leftenan Muda pada 22 Mei 1982. 
Batalion Kelima Rejimen Askar Melayu Diraja (5 RAMD) merupakan unit pertama perkhidmatan beliau. 

Sepanjang hampir 39 tahun usia perkhidmatan, beliau telah menyandang pelbagai jawatan penting dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) selain telah menghadiri kursus-kursus strategik di dalam dan juga luar negara. 
Perjawatan terakhir beliau adalah sebagai Ketua Staf, Markas 4 Divisyen. 

Sementara itu, Brigedier Jeneral Mohd Isa Jaafar yang merupakan Panglima 3 Briged ke- 36 bermula pada 16 November 2018 akan menjalani latihan peralihan sebelum bersara wajib pada Januari 2021. 
Beliau yang dilahirkan pada 28 Januari 1961 di Singapura memulakan karier ketenteraan pada tahun 1980 dengan menjalani latihan Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja sebelum ditauliahkan ke Batalion Kedua Puluh Lima, Rejimen Askar Melayu Diraja (25 RAMD) pada tanggal 11 April 1981. 

Pelbagai jawatan penting telah disandang sepanjang 40 tahun perkhidmatan beliau, memimpin ketumbukan 3 Briged tatkala Malaysia menghadapi wabak Pandemik Covid-19 terutama dalam pelaksanaan Op Penawar di negeri Sarawak yang kini sudah sampai ke peringkat Pemulihan. 

Selain itu juga, beliau telah bersama-sama dengan pelbagai agensi dalam mengekang kemasukan PATI Kawasan Tanggungjawab 3 Briged secara khususnya dan negeri Sarawak secara amnya. 

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »