BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ayah durjana, puaskan nafsu dengan anak sendiri

KOTA SAMARAHAN:Seorang ayah tergamak mengadakan hubungan seks dengan anak perempuan kandungnya sendiri sehingga hamil.

Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, Deputi Superintendan  Sudirman Kram berkata, pada Rabu lalu, jam 3 petang, sepupu kepada suspek berusia 52 tahun itu pergi ke rumah ibu saudaranya di Sadong Jaya bertujuan untuk mengesahkan  dakwaan orang kampung bahawa sepupunya mengadakan hubungan seks dengan anak kandungnya sendiri berusia 23 tahun.

"Pada mulanya suspek  menafikan tentang perkara terbabit. Bagaimanapun,akhirnya suspek mengaku telah melakukan hubungan seks dengan anak kandungnya itu sehingga anaknya itu mengandung. 

"Sehubungan itu, satu laporan polis  dibuat oleh sepupu suspek di Balai Polis Asajaya, jam 6 petang,Rabu lalu.

 "Mangsa yang belum berkahwin merupakan anak kedua daripada tiga orang adik -beradik manakala suspek iaitu bapa kandungnya duda kematian isteri," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, pada tahun 2016 mangsa tinggal bersama suspek selama tiga tahun di rumah sewa tempat kerja suspek di Batu Kawa, Kuching.

"Menurut mangsa kejadian pertama berlaku pada bulan Januari 2016 bertempat di rumah kilang terbabit.

"Pada mulanya suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks apabila melihat mangsa dalam keadaan berkemban untuk ke bilik air. 

"Mangsa bersetuju melakukan hubungan seks dengan suspek tanpa paksaan," katanya.

Beliau berkata, selang dua minggu kemudian, mangsa dan suspek telah sekali lagi melakukan melakukan hubungan seks di rumah yang sama dan perkara itu terus berlarutan. 

"Pada bulan Februari 2020  suspek telah berhenti kerja kilang dan pada bulan Mac 2020 mangsa dan suspek pulang ke kampung bersama dan tinggal bersama di rumah nenek mangsa di salah sebuah kampung di Sadong Jaya. 

"Semasa tinggal di rumah neneknya itu, mangsa juga ada melakukan hubungan seks dengan suspek sebanyak dua kali,"katanya.

Katanya,pada bulan Mac 2020, mangsa mendapati dia tidak datang haid. 

"Bagaimanapun, mangsa  tidak pernah pergi ke mana-mana klinik kesihatan atau klinik luar untuk buat pemeriksaan. 

"Mangsa tidak tahu berapa usia kandungan dan mangsa tidak pernah mendapat apa-apa rawatan sepanjang mangsa mengandung,"katanya.

Sudirman berkata, mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. 

"Suspek direman mulai hari ini dan kes disiasat dibawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan.

"Jika sabit kesalahan suspek boleh di hukum penjara selama tempoh tidak kurang dari enam tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan dikenakan sebatan,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »