BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

APM tahan bot tunda gagal kemuka sijil pendaftaran


MIRI:Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Miri menahan sebuah bot tunda membawa barge di perairan Miri, di sini, awal pagi tadi, pada jarak lebih kurang 10 batu nautika dari Muara Sungai Miri.

Pengarah Maritim Negeri Sarawak,Laksamana Pertama (M) Robert Teh Geok Chuan berkata, menerusi operasi yang dijalankan di perairan Miri, sebuah bot tunda membawa barge dikesan sedang bergerak pada jarak lebih kurang 10 batu nautika dari Muara Sungai Miri dan telah ditahan untuk melakukan pemeriksaan oleh bot ronda Maritim Malaysia pada jam 3.30 pagi.

"Hasil pemeriksaan mendapati bahawa mereka telah gagal mengemukakan dokumen sijil pendaftaran. 

"Kesemua krew terdiri daripada tiga warganegara tempatan, seorang warganegara India dan Indonesia dikesan di atas bot tunda dan barge tersebut mempunyai dokumen pengenalan diri yang lengkap. 

"Bot tunda dan barge tersebut diiring ke kawasan bersauh Miri untuk siasatan lanjut oleh pegawai penyiasat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,kes akan disiasat di bawah Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

 "Maritim Malaysia akan terus meningkatkan penguatkuasaan undang-undang Maritim di perairan negara,"ujarnya.

Beliau juga turut menasihatkan komuniti maritim agar sentiasa menjaga keselamatan diri dan harta, dimana pada waktu sekarang laut agak bergelora dan cuaca yang agak kurang baik. 

"Kerjasama daripada masyarakat terutamanya komuniti maritim dalam memberikan maklumat amat dialu-alukan bagi membantu Maritim Malaysia dalam membanteras jenayah di laut. 

"Oleh itu, sebarang aduan, maklum balas serta kecemasan di laut, orang awam bolehlah menghubungi Pusat Operasi Zon Maritim Miri ditalian 085-418204 atau Pusat Operasi Maritim Malaysia Negeri Sarawak ditalian 082-432544,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »