BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Amerika Syarikat undang Zee Avi nyanyikan "Standing In The Eyes Of The World"

KUCHING, 4 Julai: Penyanyi dan penulis lagu kelahiran Miri, Sarawak iaitu Zee Avi telah dipilih Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur bagi mempersembahkan video lagu "Standing In The Eyes Of The World" bagi menyambut kemerdekaan Amerika Syarikat hari ini.

Penyanyi terkemuka, Ella Amminuddin atau Ella yang mempopularkan lagu terbabit juga dipilih dalam projek itu.

Zee dalam laman Facebooknya berterima kasih kepada kedutaan terbabit kerana memilihnya bagi projek bersama Ella.

"Adalah menjadi penghormatan untuk menyanyikan salah satu lagu ikonik Ella Amanuddin,"katanya.

Sementara itu Ella Amminuddin di laman Facebooknya berkata projek merupakan kerjasama istimewa diplomasi kebudayaan yang menampilkan pemuzik dan artis dari Amerika Syarikat dan Malaysia.

Video muzik terbabit selain menampilkan beliau dan Zee Avi juga menampilkan alumni program American Music Abroad , sebuah program pertukaran tajaan Kerajaan Amerika Syarikat yang menghantar pemuzik Amerika ke seluruh dunia pada setiap tahun.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »