BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Alex lancar Program Citarasa Malaysia


KUCHING, 4 Julai (Bernama) -- Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Alexander Nanta Linggi hari ini melancarkan Program Citarasa Malaysia @Bumi Kenyalang 2020 di sini, lokasi pertama penganjuran kempen jelajah seluruh negara dalam mempromosikan barangan tempatan.

Menurutnya program ini yang merupakan sebahagian daripada Kempen Beli Barangan Malaysia bertujuan untuk mempromosikan produk tempatan dan merancakkan ekonomi domestik.
“Program ini juga merupakan satu inisiatif kerajaan bagi membantu syarikat dan usahawan tempatan dalam memasarkan produk mereka kepada orang ramai.
“Ia juga berkesan bagi mewujudkan lebih banyak permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan keluaran tempatan, menggalakkan para pengguna mengutamakan barangan buatan Malaysia dan meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat,” katanya kepada pemberita selepas perasmian program berkenaan di sebuah kompleks beli-belah sini.
Katanya kempen beli barangan Malaysia merupakan satu inisiatif kerajaan yang berskala besar, menghimpunkan pelbagai jenis jenama perniagaan yang terdiri daripada pelbagai kluster perkhidmatan serta menawarkan pelbagai produk pilihan kepada pengguna pada harga yang berpatutan.

Terdahulu dalam ucapannya, Alexander berkata nilai jualan keseluruhan yang dicatatkan bagi kempen beli barangan Malaysia tahun lepas adalah RM513 juta, iaitu peningkatan sebanyak 23.3 peratus daripada tahun 2018.

Katanya kempen itu diteruskan tahun ini supaya dapat merancakkan kembali sektor peruncitan dan mengembalikan permintaan pasaran dalam negara, khususnya selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara.

“Saya menyeru marilah kita sebagai rakyat Malaysia membantu membangunkan ekonomi negara dengan mengutamakan barangan Malaysia.

-- BERNAMA

 Gambar KPDNHEP



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »