BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Aksi Superman berdepan denda RM5,000

KUCHING, 7 Julai: Penunggang motosikal yang melakukan lagak ngeri ala “superman” di jalan raya boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000.

Mengikut laman Facebook, Polis Diraja Malaysia (Royal Malaysia Police), tindakan tersebut nyata melanggar undang-undang di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan membahayakan.

Sekiranya didapati bersalah, pengguna jalan raya boleh dikenakan denda tidak kurang RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000 serta dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun.

Seseorang yang disabitkan di bawah seksyen ini juga hilang kelayakan daripada memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh tidak kurang dua tahun dari tarikh sabitan.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »