BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Ajar semula Rukun Negara di sekolah

KUCHING, 11 Julai: Kementerian Perpaduan Negara  bercadang memasukkan semula pembelajaran mengenai Rukun Negara ke dalam sistem pendidikan negara ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata ini bagi membolehkan Rukun Negara kembali  dipelajari rakyat Malaysia dan dicadangkan bermula dari peringkat institusi pendidikan awal kanak-kanak sehingga institusi pengajian tinggi.

"Pendidikan Rukun Negara ini kita sedang lihat untuk dimasukkan kembali ke dalam sistem pendidikan negara bermula dari pendidikan awal kanak-kanak, sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah  universiti,"katanya katanya ketika menghadiri Program Semarak Perpaduan Perkasa Komuniti anjuran Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Sarawak  di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, di sini, malam tadi.

Juga menghadiri majlis terbabit ialah Menteri Muda Undang-Undang, Hubungan Negeri Persekutuan dan Pemantauan Projek dan ADUN Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Halimah berkata sebelum ini pernah ada pendidikan Tata Rakyat  yang menjadi silibus mengajar mengenai negara dan bendera Malaysia serta Rukun Negara kepada rakyat Malaysia di peringkat sekolah.

Beliau berkata kementerian terbabit ketika ini masih berbincang mengenai cadangan itu dengan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi dan hasil perbincangan itu akan didedahkan selepas perbincangan selesai.

Selain itu, beliau mendedahkan pihaknya sudah menubuhkan Kelab Rukun Negara di sekolah rendah, sekolah menengah dan Sekretariat Rukun Negara di semua institusi pengajian tinggi awam dan swasta.

"Jumlah keseluruhan Kelab Rukun Negara yang ada di sekolah rendah dan sekolah menengah (seluruh negara) lebih kurang ada 6,000 kelab,"katanya.

Sehubungan itu pihaknya akan menambah lagi kelab dan sekretariat Rukun Negara terbabit bagi menyediakan kemasukan semula Rukun Negara ke dalam sistem pendidikan negara.


Datuk Halimah Mohamed Sadique (kanan) menyampaikan sumbangan barangan meronda kepada KRT di Sarawak bersama ADUN Samariang, Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (dua dari kanan) di Program Semarak Perpaduan Perkasa Komuniti  di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Semariang Batu, Petra Jaya, di sini, malam tadi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »