BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

ADUN Rahang keluar DAP, berkuatkuasa serta-merta

SEREMBAN, 10 Julai (Bernama) -- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang Mary Josephine Prittam Singh hari ini mengumumkan keluar DAP, berkuat kuasa serta-merta. 

Bercakap pada sidang media mengenai perkara itu di sini, ADUN dua penggal tersebut berkata beliau membuat keputusan berkenaan kerana kecewa dengan ahli dan pemimpin DAP Negeri Sembilan.

“Selama 46 tahun sebagai ahli DAP yang berpegang teguh pada integriti serta bekerja berasaskan prinsip dan disiplin parti, saya kini berdepan dengan cabaran yang saya tidak mampu lagi hadapi.

“Tidak ada guna untuk saya terus memberi sokongan kepada pemimpin DAP Negeri Sembilan yang mengecewakan. Justeru, saya tiada pilihan melainkan meletak semua jawatan dalam parti dan keluar daripada DAP selaku ahli seumur hidup, berkuat kuasa hari ini,” katanya.

Menurutnya, beliau telah menghantar surat keluar parti itu ke ibu pejabat DAP semalam, dan surat serupa turut dihantar kepada Menteri Besar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Aminuddin Harun pagi ini.
 
Mary berkata beliau kini merupakan ADUN Bebas dan masih menyokong kerajaan negeri pimpinan PH serta menegaskan tidak akan lompat parti.

“Saya akan terus sokong PH kerana saya berada dalam barisan pembangkang sudah lebih 40 tahun. Keputusan saya untuk keluar parti bukan sesuatu yang berlaku hari ini atau semalam, tapi telah saya timbang sejak dua tahun lepas,” tambahnya.

Berdasarkan perkembangan terbaharu ini, komposisi terkini Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan ialah PH mempunyai 19 ADUN, 16 daripada Barisan Nasional dan seorang Bebas.
-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »